Tuesday, 27 December 2011

Sebarkan Cinta-Mu :)

Alhamdulillah , waktu dah menjangkau 4.02 pagi. Entah kalu pasal tauhid ne , aku selalu terdetik agama bukan sesuatu yg boleh sewenangnya dipermainkan. Lantas jari jemari ku mengetuk papan keyboard dalam usaha mencari keindahan agama-Mu Ya Rabbi.

aku pun menaip nama Fatimah Syarha , jelajah blog die and know what aku semakin menyakini Islam. Bukan bermakna aku tidak yakin tapi aku lebih suka kiranya aku yg menemui kebenaran menggunakan akal dan berdasrkan wahyu Allah. *name aku Fatimah Zahraa :)

Sebarkan CintaMu ~ Fatimah Syarha Mohd Noordin

Senyum manusia itu, hanya Tuhan yang tahu ertinya. Senyum itu 
memang menzahirkan ceria, namun untuk kebanyakan waktu, senyum 
itu adalah bagi menyembunyikan rahsia hati.

Inilah novel yang cuba mengurai makna senyuman seorang manusia 
yang bergelar anak, ibu, bapa, isteri, dan yang bergelar suami. Indahnya, 
ia dihuraikan dengan Islam, dan hasilnya semuanya kembali kepada Tuhan.

Kisahnya bermula dengan Ibu Dhiya', seorang isteri taat yang tinggi 
ilmu agamanya, terpaksa menjadi tukang sapu di sebuah kolej swasta. 
Di situlah Ibu Dhiya', didatangi pelbagai persoalan hati daripada 
setiap golongan di kolej itu.

Ibu Dhiya' berusaha membantu walaupun dirinya juga ada rahsia, 
yang menanggung derita masa lalu. Ibu Dhiya' dengan ilmu agamanya, 
dengan penuh hikmah mendekati hati warga kolej itu bagi memberikan 
makna yang lebih bererti dalam senyuman mereka, dengan cara yang 
suci, dengan cara Islam, dan akhirnya jadilah ia, senyuman yang menyebarkan cinta.

***** 
Aku selalu terdetik , hidayah harus dicari and i'm going to become an adult. Perhaps soon , so why not I take this gold opportunity given by HIM to change in order to become a better muslimah ?

nak berubah bukan something yg senang. But people do change kan ? 
Let time decide on the next chapter of my life. Doakan saya kerana diri ini tidak kuat tanpa bantuan Yang Esa :)

 Yang sentiasa merindukan rahmat dari pencipta . Cinta Sang Pencinta terhadap Sang Pencipta *nyah selalu declare those words are hers. yaa , aku pinjam, hee :D

hugs and kisses , CIK APRON UNGU. muahh *eii ,geli aku :P

No comments:

Post a Comment