Sunday, 29 January 2012

Indahnya Hidup Berjiran :)

Semuanya disedari pada satu petang yang indah,
tanpa mendengar berita yang tragis dan ditambah pula dengan kegilaan sakit kepala
yang dialami oleh insan yang lemah yang tak berdaya nak melawan,
lalu aku melangkah menuju ke dapur untuk mencari penawar,
alhamdulillah kerana aku dipertemukan dengan encik PANADOL,
maka tanpa berlengah aku pon menelan dan berjalan semula ke ruang tamu,
tatapanku hanya ditumpu ke satu arah iaitu,
sekumpulan keluarga bantal bersama selimut di situ,
tanpa menghiraukan keadaan yang agak riuh ketika itu kerana keluargaku yang laen
sedang rushing bersiap untuk menghantar puteri kedua keluarga ini ke
tempat yang akan menyaratkan dada beliau dengan ilmu,
aku terus melampiaskan gelora hatiku dengan melenyakkan kepalaku ke atas bantal
yang cukup empuk bagiku.
Ayat terakhir yang menjadi halwa telingaku ialah
"bye bye kakak" dan aku hanya mengagguk sepi
lalu aku menyambung semula 
pelayaranku ke alam mimpi. selang beberapa ketika,
tiba2 telingaku menangkap bunyi yang tidak begitu enak.
hati aku cuba berprasangka baik walaupun ada sedikit terdetik perkataan "Cis!"
namun ku cuba sedaya upaya untuk tersenyum
kerana rupa2nya bunyi yang menyentap api kemarahanku tersebut merupakan
suara emas milik jiranku yang sedang cuba untuk memberi didikan kepada anaknya
dalam bentuk leteran dan jeritan.
tidakku faham ertinya kerana bahasa yang digunakan amat berlainan dengan 
bahasa harianku. Ya, 1Malaysia !
makcik India yang rupawan tersebut menghabiskan masa 10 minit untuk
memberi didikan yang penuh dedikasi kepada anak2nya juga
menarikku ke alam realiti selama 10 minit juga
sebelum pelayaranku ke alam mimpi bermula semula.
"hahahahaha aku punya wekkk, tak boleh amek. aku punya bla bla bla"
terjagaku ke alam realiti semula tatkala mendengar bunyi nyaring tersebut
jikalaulah aku mempunyai kudrat lebih ketika itu, sudah pasti tong gas di dapur milik ibuku
akan terhinggap di pipi salah seorang budak di situ.
namun, aku hanya tersenyum sambil memegang kepalaku yang kurasakan akan pecah
disebabkan denyutan yang semakin kritikal. walhal dalam hatiku,
sumpah seranah menjadi air untuk melenyapkan api kemarahanku.
wahai jiran yang daku sayangi sekalian,
salahkah jika dikau hanya memberiku beberapa detik yang harmoni
untukku belayar ke alam mimpi dengan selamat ?
susahkah untuk dikau memahami keadaan diriku ketika itu ?
ya, aku mengerti, itu semua hak kalian
mungkin silapku kerana tidak meletakkan banner sebesar alam untuk memberitahu
seluruh alam semesta tentang keadaan diriku ketika itu
tapi, tidakkah kalian mempelajari apa itu maksud semangat kejiranan?

Wah ! "Indahnya" hidup berjiran.
akhirnya aku pon bangun dan dengan senyuman yang masih berbaki di bibirku
aku melangkah ke hadapan rumah dan menutup sliding door dgn penuh hemat sebelum
memberi jelingan mesra kepada mereka yang berada berdekatan ketika itu. 
 
TERIMA KASIH, JIRAN :DD

-F.I.N-

1 comment: