Thursday, 19 January 2012

Kamu Bagaikan Puteri....(name)

Assalamualaikum wahai Buku Hitam Crews and semua :)

'Apabila hujan turun, melimpahlah air dari perbukitan,
aliran menujah ke batu, melekuk tanda waktu beralih,
seiring nyawa menghanyut usia,
sejalan nafas melangkah ke hujung.
Awan...
kalau dapat kucapai
maka saktilah hamba....'

Perghh, siapa di sini pernah mendengar madah sebegitu rupa ?
Diilhamkan oleh seorang arjuna
kepada si jantung hati yang disanjung bagaikan PUTERI


********************************************************************************

sorry kengkawan, melalut memalam bute.
aku baru lepas bace novel Ramlee Awang Murshid ni
tahniah kepada beliau kerana berjaya mengHARUkan malam aku
rindu sangat kat LAKSAMANA SUNAN
walau tak pernah bersua muka ( rase macam nak SEPAK tak ?)

Sunan... =,='

Aku telah mempertaruhkan harapan yang terlalu tinggi utk
menemui seorang arjuna yang mempunyai peribadi semirip
Saifuddin (ayat macam nak mintak PENYEPAK kan ?)
hahahahahahahahahaha

korang, bacalah novel ni kalau da bace sekalipun.
and, tajuk kat atas tu aku da letak bracket untuk korang
letakkan nama korang kat dalam bracket tu (dalam angan je laa tau).huhuhuhu
selamat berangan !

last but not least, siapa yang da bace
and ter-mengagau macam aku ni
dipersilakan dengar lagu ni sambil membayangkan
pengarang jantung hati aku, Laksamana Sunan

(AND AKU KONFEM KALAU NADZIRAH ADE SKANG,
MUNGKIN DIRIKU SUDAH DIHANCUR LUMAT)

sorry doe NAD.. hahahahaha :DD


lagu ni kalau korang cari ade kat page:531
(waktu ni Haryani da ade kat abad 21 dalam bilik air tengah apungkan bahtera kertas dalam bath-tub
while Laksamana Sunan kat kurun ke-15 tgh ade kat atas bahtera on his way back to Acheh nak jumpa angkatan tentera Ratu Sulaman.. the rest, korang bace eh. or, ingat sendiri lahh :DD )

okayy, mahu beradu sambil bermimpikan si pengarang jantung hati
semoga dipanjangkan umur.

'Sebagai manusia, aku sayang padamu'

-F.I.N- (layan je laa ye kawan korang yang sorang ni :p )

No comments:

Post a Comment