Saturday, 14 January 2012

LIttle Odyssey


Semalam aku menemani seorang kawanku membeli tiket bas di stesen bas. untuk pergi ke stesen bas kami perlu menaiki ktm komuter ke bandar tasik selatan kerana di situlah terletaknya stesen bas untuk membeli tiket bas. sememangnya di ktm ramai orang.

Tiba-tiba......SRRENNN..wah, komuter sudah sampai. pengumuman diumumkan kepada orang awam supaya memberikan keutamaan kepada mereka yang mahu keluar, keutamaan tempat duduk kepada mereka yang memerlukan dan koc bahagian tengah adalah bahagian wanita. maka kami memilih untuk masuk ke koc wanita.

Sebaik saja pintu dibuka, orang ramai berpusu-pusu memasuki train.mereka langsung tidak memberi peluang kepada orang yang mahu keluar.kasihan aku lihat seorang kakak ini.dia tercungap-cungap seperti ikan yang memerlukan air kerana tersepit mahu keluar sedang orang menolak sesama mereka. terasa betapa pentingkan dirinya manusia. bertimbang rasalah sikit! marah aku dalam hati.

Memandangkan ini pertama kali aku menaiki ktm tanpa ditemani ibu dan bapa, kawanku memegang tanganku seperti aku anak kecil. terasa pula seperti ditemani ibu.
"anakku pegang tangan ibu baik-baik"


Semasa dalam train aku terasa disayangi semua orang. fikiranku bahawa manusia pentingkan diri sendiri terpadam. hal ini demikian kerana aku dipeluk oleh semua wanita-wanita di dalam train tersebut. himpitan-himpitan mesra mereka menyejukkan hatiku yang marah sebentar tadi. benarlah kata orang sentuhan boleh melembutkan hati. kerana aku dipeluk-peluk, aku tidak perlu memegang sebarang tiang. pelukan dan kasih sayang yang dicurahkan sudah cukup membuat aku rasa selamat. cuba anda bayangkan pelbagai bangsa dan agama malah ada yang dari luar negara saling berpelukan (sesama wanita semestinya) menunjukkan betapa keamanan telah berjaya dikecapi di dunia.
 


beginilah keadaan aku dipeluk-peluk(tapi buang yang lelaki-lelaki tu)
Kemudian kami pun tiba di destinasi yang dituju. sangkaku selepas itu kami akan pulang. namun hati kami reindu pula untuk berjumpa dengan salah seorang kawan kami di ampang. untuk pergi ke sana, kami terpaksa pula menaiki LRT(kalau aku tidak silap) di kl sentral. apa yang aku ingin katakan, aku terasa diriku seperti pelakon filem aksi. hal ini demikian kerana setelah membeli tiket aku dan kawanku bergegas untuk mengejat train tersebut. kami berlari-lari anak apabila ternampak train itu.kami melompat masuk ke dalam.dan saat sahaja kakiku menjejak masuk train tersebut, automatikpintu train tersebut ditutup. ternyata mereka yang berada dalam train terkejut dengan tindakan berani kami. mereka juga kagum barangkali. seraya itu mereka bangun dan memberikan tepukan gemuruh. jeritan sahutan pekikan mengucapkan "kamu hebat", "wah pelakon aksikah mereka?" kedengaran meriah.
 So kepada mana-mana director real live action yang nak mencari pelakon aksi..well akulah orang yang dicari.haha. I'M ACTION STAR BEBEH....

sedia untuk beraksi..




 last but not least..
saya rindu korang sume bukuhitam crews..

kepada Amalina,
im sorry for being  too sarcastic..
sorry for misunderstanding you..
lagu terukir di bintang lirik dye sangat swweeeettt..BLUEKK:P

kepada nadzirah,
saya suka awak yang sentimental.
who is your moon?
saya masuk list tak?


kepada mardhiah,
weh nak makan tauge boleh
tapi jangan makan selalu sebab kat tauge dye ada sembur
racun bantut. kalau nak makan banyak banyak buat sendiri.
aku tau sebab apa kau suka. sebab kau ada baca fact yang
kata tauge boleh buat..........kan? kan?kan?


kepada Fatimah,
kerja baik-baik ea..
cikgu taska ea?
weh apa nama mamat jepun yang ko 
rekemen kat aku?


kepada asyikin,
awak..
bile na bagi saya rasa kek batik awak?
dah lama saya mengidam ni...


kepada najwa,
ta trlambat lagikan na cakap..
SELAMAT HARI JADI..
haha..aku da wish awl2kan?


and to my beloved roomate, tasha luna, bukantashahudson or natasha...
kami wira, wirawati negara. demi bangsa kami lalalala...
weh kata nak stori pasal plkn..
tapi bile?


.......sampai sini dulu ya.......
salam:)




   

 

No comments:

Post a Comment