Sunday, 22 January 2012

moral?!

aku ada baca satu cerita ni. kisah ni berlaku di jepun.
penulis awal-awal bagitau yang kisah yang dia bakal ceritakan tidak ada point dan moral yang dia nak simpulkan pun sebenarnya.
so, sebagai pembaca bijak sudah semestinya kita boleh cari sendiri moral di sebalik sesuatu cerita tersebut..

Alkisah,


ada sorang mamat ni.beliau seorang yang cemerlang. kiranya beliau mempunyai pakej yang lengkap seperti: 
  • bijak pandai
  • petah berbicara
  • good leader
  • berdisiplin
  • smart dan kemas berpakaian
  • top student
hensem?....(maaf penulis tak nyatakan)
so, kesimpulan yang kita boleh buat ialah beliau agak SKEMA laa..

lelaki yang dinyatakan..



walaubagaimana pun, beliau mempunyai seorang awek yang super duper hot+cun nak mati+bijak pandai+mempunyai kepimpinan seperti si lelaki.di bawah gambar awek beliau..




okeh..awek beliau terlalu cun..
jadi aku decide untuk menambahkan kehenseman si jejaka..



maka mereka dikenali sebagai couple yang serasi dan sangatlah sweet bersama di mata pelajar lain..mereka berdua sangat perfect di mata para pelajar golongan biasa yang lain..


namun apa yang pelajar lain tidak tahu...
mereka berdua berasal dari keluarga yang bermasalah yang mana ibubapa mereka bercerai kerana bapa mereka mempunyai perempuan simpanan..disebabkan persamaan tersebut mereka dapat mencari keserasian bersama-sama.
aktiviti kegemaran mereka bersama ialah belajar.kalau orang lain rasa belajar macam neraka diorang rasa belajar tu macam heaven gilerrr..
mak bapak diorang mengalu-alukan diorang belajar bersama-sama kat dalam bilik.
nak dijadikan cerita mak bapak dorang jarang ada kat rumah.so faham-fahamlah..

bila kita berdua opkos ada orang ketiga kan? kan? kan?
tapi macam yang dinyatakan tadi..
hubungan diorang ni pelik. 

they are not making love (sorry for mentioning this)
*saya nak cerita jer..minta maaf kalau sensitif*
diorang cuma 
ayat yang dinyatakan dalam buku tersebut:
      "their clothes had to stay on, and they'd only use their fingers"

okeh aku nak segera menamatkan cerita ni...

perempuan itu mahu mengekalkan mahkotanya sehinggalah dia menjejakkan kaki ke alam perkahwinan..setiap kali lelaki itu mintak lebih, perempuan tu selalu cakap,

"saya harap awak faham.saya nak kekal virgin sampai saya kahwin.kalau awak sayangkan saya, tolong fahami saya."

well.lelaki tu memang sayangkan perempuan tu tapi dia tak faham kenapa perempuan tu nak macam tu.tapi lelaki tersebut tidak membantah keputusan that girl. beliau menyatakan hasratnya untuk berkahwin dengan perempuan tersebut sebaik sahaja habis sekolah.tetapi pempuan tu cakap,


"i really do love you. but...proses kematangan seorang perempuan berlaku lebih cepat dari seorang lelaki.maka saya akan berkahwin dengan someone yang lebih tua dari saya.begitu juga awak. awak perlu berkahwin dengan someone yang  jauh lebih muda."

nak dijadikan cerita, diorang habis sekolah dan lelaki tersebut menyambung pelajaran ke universiti tokyo dan perempuan tersebut melanjutkan pelajaran di U di Kobe, U yang menempatkan pelajar perempuan..sememangnya hidup lelaki tersebut tak menentu tanpa kehadiran perempuan tersebut di sisi. lelaki tersebut berubah...dia malas belajar, ponteng kelas, tak jaga penampilan lagi dah,merokok and macam-macam lagilahh..
penampilan terbaru beliau:








lelaki tu memang berubah..cuma dari segi fizikal..tapi hati dia tetap dekat perempuan tu..satu hari dia balik kampung.then dia jumpa lagi perempuan tu..
lelaki tu ajak perempuan tu kahwin..tetapi masih..jawapan perempuan tu,


"tolonglah faham saya.saya sangat takut untuk melalui fasa hidup yang akan datang.saya tak mungkin akan berkahwin dengan awak dan saya mahu kekal virgin sehinggalah saya berkahwin.dan mungkin apabila saya sudah berkahwin nanti,apabila hari itu tiba saya pasti akan tidur dengan awak.."


masa baca part ni, aku macam what the??
HELL-o! kau boleh nak kekal dara sampai lah kau kahwin tapi boleh pulak before kahwin lagi kau dah ada niat nak curang dengan lelaki kau lepas kahwin..sumpah  aku tak paham ngan minah ni..
back to story:


sejak hari itu, lelaki tersebut tak pernah jumpa perempuan tu lagi..beliau menjadi lebih fokus pada pelajaran and menjumpai seorang awek baru.namun cinta pertama tak pernah dilupakan..hidup diteruskan..menjalani hidup dengan penuh kenormalan.berita perkahwinan perempuan tersebut dengan lelaki lain dibiarkan sahaja meniup dan berlalu begitu sahaja..
lelaki tersebut lepas habis belajar membuka sebuah bisnes..minta duit buat modal dari bapak beliau dan berusaha ke arah mencapai kekayaan..
namun adat berniaga,pasti ada risikonya..saat kepala otak tengah serabut fikir masalah perniagaan..suddenly...


beliau dapat panggilan dari cinta pertamanya dulu..isteri orang tersebut bertanyakan khabar.dan diorang berborak-borak, menceritakan kehidupan masing-masing.sememangnya panggilan dari perempuan tersebut mengembirakan lelaki itu..saat lelaki itu nak mengakhiri panggilan tersebut perempuan tu cakap,

"saya tak lupa janji saya pada awak..marilah datang rumah..suami saya takde kat rumah"


okeh.sounds bitchy..


lelaki tu agak terkejut+terkesima..tapi memang badan dia automatik bersiap-siap nak jumpa perempuan tu..setibanya dia kat rumah perempuan tu, minah tu buat kopi..then borak-borak sikit..tiba-tiba masing-masing terdiam. suasana jadi sepi..lelaki tersebut memulakan langkahnya..perempuan tu dah bersedia..

tapi diorang tak buat apa yang korang fikirkan. diorang cuma gi main UNO..haha..tak kelakar..ok part main uno tu aku tipu..tapi diorang memang tak buat apa-apa..


then lelaki tu minta diri balik rumah sebab dia rasa kejanggalan yang amat sangat..perempuan tersebut agak kecewa..
lelaki tersebut macam terpana and tak faham dengan diri dia sendiri..on the way balik tu puas dia fikir tentang perasaan dia..
last-last dia amek keputusan pay for prostitute..


begitulah ceritanya..
agak pointless..
cuma saja nak share dengan anda semua tentang kepelikan perangai manusia..





2 comments: