Wednesday, 2 May 2012

عائلة

JAKEL ada buat promosi jual kain!! 70% diskaun sempena hari pekerja!! perghh..memang kaum-kaum ibu dalam famili aku semua jadi gilak! gilak shopping. so, alang-alang masing-masing dalam famili aku tengah makan angin kat rumah kakak aku dan lebih-lebih lagi kakitangan kerajaan poket tengah tebal lagi sebab baru dapat gaji, masakan bisa peluang keemasan sebegini dilepaskan?? boleh beli baju raya sekali! so aku, my mother, my kakak sulung, my adik bongsu and my father pon pergi attack itu gedung dengan bawa baizuka..memang bila sampai sana kemeriahan promosi dapat dirasakan..kaum wanita sungguh ramai!! perasaan mereka jelas tergambar di wajah mereka apabila masing-masing buat muka aku-nak-beli-satu-gedung-ni!.dan aku and all the ladies in my family pon sama..mata jadi juling tengok banyak sangat kain..sungguh sangatlah rambang mata ditambah pula dengan ayat-ayat manis si sales girl,"cantikk, sangat kain ni..rugi tak beli..tempat lain tak dapat harga macam ni"..shuuhh, pergi jauh kau shaiton!! jangan kau goda kami! dan my father terpinggir duduk memerhatikan gelagat kami memilih kain-kain..nama pon orang perempuan..bila dah nampak kain cantik-cantik bagai, diadun pula dengan ayat-ayat manis si tukang promoternya lagi..haihhh..

then, kitorang naik tingkat atas..mak aku nak tengok langsir..dan sekali lagi(kali ni mak aku sorang) jadi rambang mata..tak tahu nak beli yang mana..ditambah pulak dengan si promoter yang tak habis-habius mendesak mak aku suruh beli kain langsir tu..kitorang yang anak-anak dia pulak jadi penasihat kat mak aku..siap bagi list pro and kontra lagi..dan my father, again, sat-not away too far-watching us...alone..being ignored..lonely..sad..cry..stress..depressed...merepek! hahaha

last-last mak aku tak jadi beli langsir tu..duduk sikit punya lama ber-dealing dengan si promoter..lepas tu kitorang pergi bahagian baju melayu pulak..yelah kata nak beli baju raya terus..so bapak aku punya turn la pulak..
 jadi, nak dijadikan cerita, bahagian baju melayu tingkat atas sekali(tingkat 5)..dan untuk sampai ke sana kitorang tak naik lift..pakai escalator..dan untuk tiba ke sana perlulah bagi kami melalui tingkat-tingkat yang lain..sepanjang perjalanan kami ke tingkat lima, kami disapa oleh baju-baju pengantin yang sangatlah cantik..kat tingkat 5 mak aku pon melayan lah bapak aku buat pilihan..yang lain dah retired dari jadi penasihat sebab baju melayu tak menjadi tarikan kami..sebab bukan kitorang yang nak pakai..so kakak aku pon ajak laa aku and my adik pergi turun balik tingkat bawah tengok baju pengantin tu(saje nak cuci mata)..aku ngan adik aku pon dah semangat, dah bersiap nak melangkahkan kaki ke tingkat bawah tapi sebelum sempat nak mulakan langkah pertama, kakak aku halang dia cakap,
 "tapi kita tunggu lah abah dulu..tadi masa kita pilih-pilih baju abah tunggu je kita takkan kita taknak tunggu abah?"

yup..aku tersentap.. well benda macam ni memanglah nampak simple sangat..tapi besar maknanya sebenarnya..aku ingat lagi masa aku kecik dulu kalau mak ayah aku bawa adik beradik pergi beli baju raya, diorang sabar je melayan karenah kitorang..tapi bila turn diorang nak memilih pulak, mulut kitorang bising merungut cakap lamanya memilihlah, penatlah, bosanlah...adoiyaii anak-anak...


aku malas nak terangkan moral of the story dia apa..aku rasa korang(sesiapa yang bacalah) boleh fikir sendiri nilai murni dan pengajaran yang kita boleh ambil dari kisah aku..my intention is just to make us realized the kindness and sacrifice of our own family members that may look simple but very meaningful,actually..
heee..marilah kita saling menyayangi antara satu sama lain!! sayangilah keluarga anda dan hargailah setiap seorang daripadanya kerana mereka adalah insan yang telah Allah takdirkan untuk menjadi sebahagian daripada kita..
keluarga bahagia:)








 

2 comments:

  1. Signature , kau ah tuh yg paling over nak tengok baju pengantin. nasib baik kakak kau baik , kalu kau. Aku tk percaya sangat . Hihi :)

    Cikapronungu , hugs and kisses :*

    ReplyDelete