Wednesday, 29 August 2012

Microbiology

Pengenalan

Manusia berkongsi bumi inidengan pelbagai organisma lain.Salah satu kumpulan yang tidak
boleh kita abaikan atau perkecilkan,walaupun pada zahirnya tidak kelihatan dengan mata kasar,
ialah mikroorganisma atau mikrob. Mikrob seharusnya diberi perhatian yang lebih memandangkan kewujudan
serta aktivitinya menjadi tunggak dan komponen penting dalam hampir semua proses di bumi ini.
Kepelbagaian metabolismenya yang menakjubkan tidak dapat dinafikan. Mikrobiologi merupakan
bidang sains yang menentukan bentuk dan mempengaruhi semua bidang biologi yang lain.
Program mikrobiologi yang ditawarkan ini menyediakan penuntut dengan landasan yang luas bagi kajian ke atas mikrob dengan memberi tumpuan kepada tema-tema khas seperti teori evolusi dalam mikrobiologi, kepentingan pendekatan kaedah molekul dan sebagainya.

Ia mendedahkan penuntut kepada biologi sel dan molekulmikrob,genetik, fisiologi dan metabolismenya serta kepentingannya dalam membentuk kefahaman kita tentang bidang-bidang biologi yang lain. Program ini juga meninjau peranan mikrob dalam hubungan simbiosis dengan
tumbuhan atau haiwan, penularan penyakit, aktiviti-aktiviti mikrob dalam persekitaran, makanan atau kesihatan serta peranannya dalam biosfera dan ekosistem keseluruhannya.
 

BidangKepakaran
  • Bakteriologi
  • Mikologi
  • Virologi
  • Mikrobiologiperindustrian
  • Mikrobiologipersekitaran
  • Mikrobiologipertanian
  • Mikrobiologiperubatan 

PeluangKerjaya

Graduan graduan program ini boleh terus melanjutkan pengajian keperingkat sarjana dan kedoktoran, mempelopori berbagai aspek mikrobiologi yang mencabar. Mereka boleh melibatkan diri sebagai pegawai sains dan penyelidik, pensyarah, eksekutif pemasaran, pegawai tadbir, pengurus dan sebagainya di institut pengajian tinggi, hospital-hospital, makmal diagnostik kerajaan atau swasta, firma bioteknologi, industri makanan, industri perubatan, syarikat peralatan saintifik, kementerian kerajaan serta institut penyelidikan seperti IMR, MARDI, VRI, SIRIM dan RRIM. Sekolah-sekolah menengah juga memerlukan guru-guru berkaliber mendidik dan menanam minat generasi muda di dalam bidang sains.

Kursus yang ditawarkan

Kursus-kursus wajib pada tahap 2
Bakteriologi I
Bakteriologi II
Teknologi DNA Rekombinan
Mikroorganisma Eukariot
Mikrobiologi Am
Imunologi
Instrumentasi, Kaedah Mikrobiologi dan Pengurusan Data
Ekologi Mikroorganisma
Genetik Mikrob
Fisiologi dan Biokimia Mikrob
Virologi


salam..
okay watdeheck im telling all this?
yeah..! you are right bebeh..i had been offered to further my degree in
bachelor of science (microbiology)..
hmmm....
to be honest, deep down inside in my heart.. i am sad :'(
extremely sad!!! for not getting what ive been hoping for..
but lets look on the bright side..be positive-minded, hey you!!
to all my gals,
go for your dream and do work hard to achieve it!

the sad-but-try-my-very-best-to-be-positive-and-believe-microb-isn't-that-bad me,

No comments:

Post a Comment