Thursday, 20 September 2012

sambungan kisah madi dan ali...

okey. aku rasa kisah madi dan ali macam tajuk gay pulak sebab nama madi pon boleh jadi nama lelaki andai kata nama lelaki tersebut asmadi, ismadi, jusmadi, esmadi atau osmadi kan? kan? kan?
maka aku memutuskan untuk menukarkan nama heroin kepada dhiah..

alkisah di dewan makan tempat dhiah menuntut ilmu,
tatkala dhiah memandang ali dengan perasaan cinta yang membuak-buak, dia tidak tahu ada mata sang pemuda lain yang sedang memerhatikannya dengan rasa cemburu yang amat sangat..si pemuda tersebut tidak lain tidak bukan syaz-one, atau nama glamernya syaz, juga ligat matanya memerhatikan setiap gerak geri dhiah..cemburu menguasai dirinya bila dia ternampak mata dhiah yang penuh keberahian memandang wajah ali yang ala-ala hindustan..bukan dia tidak sedar dan tidak tahu bahawa ali berbatu-batu lebih kacak bergaya daripadanya, jika tidak masakan pula dhiah memandang ali seperti mahu menerkam ke arahnya..cuma syaz keberatan dan tidak sanggup melihat gadis yang pernah mengetuk pintu hatinya meminati jejaka lain..syaz tahu dia sudah dewasa tatkala dia terjebak dalam kisah cinta tiga segi ini..dan dia tahu dia perlu lebih matang dalam menghadapi situasi seperti ini..
syaz juga tahu dia mempunyai dua pilihan iaitu :
  1. melupakan dhiah dan mencari cinta lain ATAU,
  2. berusaha mengejar cinta dhiah
maka syaz memillih pilihan yang kedua. dia nekad pergi ke arah dhiah untuk meluahkan perasaannya.lalu dia pon menyusun langkah ke arah dhiah..saat langkahnya yang ketiga baru sahaja hendak dijejakkan ke tanah, syaz terkejut dengan apa yang telah berlaku di hadapan matanya.madi telah menerkam dan melompat dengan gaya hebat kungfu drunken master ke atas ali yang tika itu sedang beratur mengambil makanan..
syaz serta satu dewan makan yang melihat keadaan itu amat sangat terkejut. melihat ketidakstabilan dan keganasan dhiah maka syaz sedia mengundur diri..maka tiadalah orang ketiga..madi dan ali pon boleh laa bercinta dengan aman..

ps: aku taip sikit.pastu stop untuk satu tempoh yang agak lama..maka bila time nak sambung ideakk dah tadakkk..demi tak membiarkan ia terus bersawang di dalam draft maka aku pon tetap menyetelkan story ini..sekian sahaja..yang lain tolong lahh sambungg..support madi's love story!! hahahaha.

hasil karya penulisan kreatif dan inovatif malah genius dan canggih serta indah,


1 comment:

  1. Kah kah aku turut mengagumi penceritaa ini :) Cikapronungu.

    ReplyDelete