Tuesday, 19 February 2013

guess what?



assalamualaikum.

apa khabar kalian? harapnya baik-baik belakalah. sebulan bercuti di rumah aku rasa janggal pula nak mengadakan hubungan dengan manusia lain. lama sangat memencilkan diri kekok pula rasanya bila nak bersosial setelah kembali pulang ke tempat tanah tumpahnya ilmu aku. mungkin aku tak sesuai bergaul dengan manusia. dengan binatang selayaknya, mungkin?

dalam tempoh sebulan aku bercuti tu, macam macam perkara terjadi. aku rasa macam nak gila punya gila punya gila punya punyalahh gila jumpa korang dan bagitahu apa yang dah berlaku dalam hidup aku. (ecehhh. poyoss. apalah sangat hidup kauu)

niat aku mengupdate blog kali ini sebab nak kongsi dengan korang (bukan masalah, cuma perkongsian) tentang apa yang terjadi dan apa yang telah dilalui oleh jasad aku ni. tapi tiba-tiba perasaan malas dan rasa "macam poyo je" pula menyerbu dalam jiwa aku, lantas aku pon membantutkan niat initial aku masa aku mula-mula dok tekan butang "new post". mujurlah aku ada spare niat final selepas aku berperang dengan diri aku sendiri apabila niat-niat variable lain munculmenghasuti minda dan fikiran aku.


dan niat final aku ialah mengpublish sahaja entry kali ini walaupon aku tidak nampak di mana faedahnya jika ada antara sesiapa yang terbaca post ini. halalkan sahajalah masa korang yang terbuang kerana aku.

p/s: gambar sekadar hiasan.





3 comments:

  1. Mati2 ingat kau dah bertunang. Cehh terbazir masa aku -__________- -FIN-

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah gmba cincin mcm gempak je tgk igt nak kawin dah.hahaha.. haihh -los

      Delete