Sunday, 10 November 2013

MENG-KUKOQ NYOQ


Mak aku tengah kukoq nyor.  Aku perhati  je dari tepi.  Ralit.

“Ibu nak terai! Nak terai! Nak terai!” aku eksaited.

“ Haa, nah terai! Awok jari jangan lebih nyor. Nanti karang kena mesin ni. Hati-hati.”

“Macam mana nak kukoq ni?”

“Macam awok bawa kereta”

Aku diam je.

Aku pon ambik sebiji nyor lalu aku kukoq.
Senang je rupanya kukoq nyor ni. Ingatkan susah. Jadi aku bagi pressure lebih sikit pada nyor yang aku tengah kukoq.

Tiba tiba aku hilang kawalan. Tangan masih pada nyor tapi aku tak dapat kawal pegangan tangan aku.  Habuk kelapa dah bersepai –sepai.  Berterabur atas lantai. Aku mula cemas.

“Ibu! Ibu! Tolong Ibu! Nak buat macam mana ni ibu?!!” jerit aku. Panik.

“Lepas lah tangan awok tu! Lepaslah! Hishhh, apalah awok ni!”

 Aku pon lepaskan tangan.

“Fuhhhhh, bahaya betul!  Menakutkan.”

Mak aku sambung kukoq nyor balik.  Aku perhati lagi dari tepi.  Minda aku dah start bayang final destination. Jari aku hancur berdarah-darah dan  harga hantaran aku kurang.

( Aku tetiba fikir pasal harga hantaran sebab haritu, masa tengah ada aktiviti berkumpulan yang kena main benda tajam-tajam, budak lelaki group aku sound kawan aku yang tengah main pisau, potong tin aluminium.

 “Kau, jaga-jaga tangan kau! Kena tangan kau nanti, buruk, turun harga hantaran tahu!”
Aku ingat sampai sekarang kot kata-kata budak tu.)

Aku tengok je tangan mak aku dari sudut tepi. Mak aku ni wanita kental betul. Berani betul dia main dengan mesin kukoq nyor.

“ Bila ibu pandai kukoq nyor?”

“Heh, ibu dulu umur awok dah lebih dari pandai dah kukoq nyor!  Awok bayangkan laa, dulu tok awok jual kuih, berniaga nasi lemak, hari-harilah ibu kukoq nyor, nak membantu mok ayoh. Ibu kecik muda daripada awok lagi masa tu. Lagilah masa dulu orang pakai kayu api nak membakar, memasak. Ibulah masuk hutan cari kayu api , bawak parang. Hidup susah masa tu kenalah buat kerja-kerja keras semua.” Panjang lebar mak aku bercerita.  

Aku kagum. Terasa manja betul diri aku ni.


Kerja meng-kukoq dah setel. Mak aku pon padamkan suis mesin kukoq.

2 comments:

  1. Atototot manjew nyeww.nnti dah pro kukoq nyor jgn lupa amik gmba hahahaha.. -los

    ReplyDelete